Wednesday 2 May 2012

Penjagaan Counter top Laminate

Countertops laminate dibersihkan dengan menggunakan kain yang bersih dan sabun pinggan yang lembut dan air. Keringkan countertop selepas mencuci untuk mengelakkan air dari meresap kedalam kerana binaan yang berdasarkan compress wood.

Kesan yang degil boleh dirawat dengan pes soda penaik. Campurkan nisbah 3:1 baking soda dengan air. Tuang dengan kadar yang sedikit ke seluruh kotoran. Tunggu sehingga selama 3-5 minit sebelum menggosok. Jangan gosok countertop terlalu kuat kerana walaupun ia melelas ringan, baking soda boleh merosakkan kemasan countertop itu.